Sunday, June 21, 2009

kerja penting kita !!

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan dua isu yang menjadi polemik hangat. Pertama, soal kepulangan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke tanahair dan isu tempoh kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Aku sebenarnya bersyukur apabila kedua-dua isu ini menjadi polemik yang mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Sekurang-kurangnya, aku mendapat ilmu dan pengetahuan yang baru yang selama ini tidak pernah aku terfikir. Aku termenung seketika, jahil lagi aku ni rupanya.

Dalam isu pertama, segenap lapisan masyarakat tetiba menjadi gempar apabila sekelompok pemimpin pembangkang yang meminta/menyokong agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin PKM, Chin Peng, atas dasar kemanusian untuk pulang untuk menghabiskan sisa2 hidup tuanya di negara ini. Aku anak era pasca merdeka dan aku akui, cerita kekejaman PKM semasa memerintah Tanah Melayu sebelum ketibaan semula British hanya aku dengar dari media, sekolah, universiti dan cerita tok aku sebelum aku tidor kecik2 dulu. Sebab tu aku tertanya-tanya mengapa terlalu hangat isu kepulangan ‘warga emas yang digeruni’ ini ke Malaysia? Apakah yang mampu dilakukan oleh ‘warga emas” ini? Erm.. kadang2 aku terlena dengan persoalan ni setiap malam.

Tapi sebagai seorang graduan dari sebuah IPTA pengurusan bertaraf dunia, aku sering diajar untuk melihat ‘ the bright side’ sesuatu isu@masalah. Apabila terbongkar isu usaha membawa pulang ‘warga emas yang digeruni’ ini, media mula memaparkan kisah-kisah perajurit@polis@home guard yang telah terkorban@cedera semasa bertempur dengan PKM dulu. Perkara yang menarik perhatian aku ialah tentang satu rencana yang aku baca dalam salah satu akhbar arus perdana pada 16 Jun 2009. Menurut Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani, ramai tentera yang cedera dan cact anggota semasa bertempur dengan PKM dahulu Cuma menerima elaun bulanan hilang upaya antara RM 56.40 hingga RM 400.00 sebulan.

Tanpa disedari, isu yang diperdebatkan dengan hebatnya telah memaparkan kisah sedih disebaliknya. Kebajikan anggota tentera kita yang telah hilang upaya seumur hidup telah diabaikan. Golongan ini sebenarnya yang perlu mendapat perhatian dan nasib mereka perlu diperdebatkan oleh segenap lapisan masyarakat. Mereka merupakan benteng negara yang menghadapi secara langsung serangan daripada PKM. Tapi malangnya, banyak pihak yang lantang menyalak dan berkokok kononnya menentang kepulangan ‘warga emas yang digeruni’ ini tetapi tidak pula menyuarakan tentang kebajikan bekas tentera kita yang cedera. Nah! masalah dah ada depan mata, tunggu apa lagi? Bersuara la dengan lantang membela kebajikan anggota tentera kita yang cedera dan amat-amat memerlukan bantuan. Kadang-kadang aku nak tergelak jugak dengar kokokan dan salakan yang sesetengahnya daripada anak muda sebaya dengan aku. Pelik juga, mereka nie pernah bertempur dengan komunis ker?

Ntah la, mungkin aku ni buta sejarah kot. Tapi kan lagi baik anak muda sebaya aku berjuang untuk membela nasib anggota tentera yang cacat dan hilang upaya akibat peperangan memerangi PKM. Rasanya lebih mulia dan bermaruah daripada berkokok menentang kepulangan ‘warga emas yang digeruni’ tu. Aku yakin, kerajaan kita didokong oleh cerdik pandai dan tidak mungkin akan membenarkan ‘warga emas yang digeruni’ ini pulang ke tanahair kita yang tercinta ini. Tapi apakan daya, aku cuma suara kecil dan tidak ada apa pengaruh untuk merealisasikan benda ini. Terserah kepada mereka yang lebih berpengaruh untuk melaksanakannya. InsyaAllah, aku akan sumbangan tenaga kecil aku ini kalau diperlukan nanti.

No comments:

Post a Comment